Skip to main content

Buka puasa sekolah

Assalamualaikum.

Harini hari ke 24 puasa. Lagi berapa hari je nk raya. Seperti biasa, tiap2 tahun sekolah ada majlis berbuka puasa. Mula2 aku rasa semak la sbb dak form4 kan. Kebiasaannya yg ramai dtg pun dak form3 ngan form5. Ada solat hajat la apa utk pt3 dgn spm. Tp setelah terdengar kata2 ustaz smlm, aku jadi tersedar dari mimpi ceh.

Ustaz ckap, siapa yg hadir. Mmg muka aku la org pertama angkat tangan dngn bangga nya. Dalam 20 org tu yg angkat 7 orang je. Bila ustaz senyum muka kecewa, aku pun rasa nak nangis sebelah dia. Ni dia belum kasi tazkirah lagi aku dah sedih. Dia cakap

Kenapa ramai tak dtg? Sbb awak fikir awak form4? Nnt kita mcm biasa akan adakan solat hajat. Solat sunat terawih. Doa bulan puasa ni insyaAllah makbul. Kita sebagai pelajar skolah ni, walaupun tak amik exam besar, sepatutnya kita dtg sama2 mendoakan untuk akak2 dan adik2 kita. Nnt time awak form5, semua org dah tak endahkan awak. Takda siapa dtg nk doakan awak.

Deep aku dngr deep ok. Walaupun aku takda kena mengena sbb aku dah selamat dngn angkat tangan tadi, aku tetap rasa mcm haih risaunya mcm im gonna die next year. Lepas tazkirah sebentar, dia tanya lagi soalan. Siapa hadir esok? Kali kedua dia kira jadi la 10 orang. Ustaz kata alhamdulillah naik 3 orang. Sedihnya aku tgk dak kelas aku. Dalam masa yg sama aku rasa nak azankan kat telinga sorang2.

Hari yg dinanti nantikan telah tiba. Pukul 6 ptg dah. Aku masih terlantar dalam bilik termimpikan masa depan kahkahkah. Akak aku pun balik dari u. Seperti biasa, suara dia akan kedengaran macam nk hempuk kepala dia kat dinding. Susah nk dgr dia kejut dngn cara yg lemah lembut sopan santun. Baru la seronok buka mata. Ni start2 dah kena jerit. Takpe2. Dah nak dkt 6.10 baru aku bgn siap2 smua. Sampai skolah pun dah pukul 7 tepat. Aku ni siap kejap je. Tp disebabkan akak aku tu iron baju tudung berejam2 dan berhelai2 tu jadi lmbt. Kejam2 dia masa kejut pun, ada la sifat kasih sayang, baik dan amanah dia tu sebagai kakak. Dari rumah ke skolah pulak dah nk dkt 10min.

Sampai skolah. Settle daftar semua. Duduk. Tadi masa daftar dapat la air kosong seplastik yg kau teguk guna straw kena cucuk tu kan. Pastu dpt lah 3 biji kurma. Settle berbuka, amik wudhuk, mcm biasakan. Dirikan solat maghrib dulu. Settle solat, pegi berbuka nasi pulak. Dapat la nasi tomato satu bekas disertakan air sirap 3 gelas. Alhamdulillah.

Masuk 8.30 mlm, settle wudhuk sekali lagi, dngr la sikit tazkirah dari ustaz mana yg telah dijemput. Cara percakapan mmg slow and dia berjaya buat ibu bapa, guru2 dan pelajar2 menangis. Aku mmg tak nangis. Biasa kalau aku bab2 tazkirah yg menyedihkan ni mmg berair2 air mata aku. Bila dia start cite pasal ibu bapa tu aku hampir nangis. Tp aku tahan. Aku simpan air mata aku utk tahun depan spm nnt hahaha bingai bingai. Lepastu aku pun malas sbb bila aku nangis, aku berpikir. Bila berpikir, aku menyesal. Bila menyesal, dah mmg takda guna ah dngn pt3 aku tahun lepas mmg sungguh mengharukan.

Habis semua tazkirah, solat isyak, solat hajat, solat sunat terawih. Settle semua solat, anak2 dan ibu bapa pun dah ramai angkat kaki utk pulang, aku pun suruh la adik aku pegi amik bihun goreng utk aku. Sibuk nk ikut aku, mestila kena buat kerja. So, second round perut aku utk proses. Terima kasih daun keladi, kalau ada kasi la lagi. Dalam jam 10 lebih nk dkt 11 ayah pun amik. Masa 10.30 aku call ayah dia tak angkat. Sbb time tu mmg ramai balik. Aku call mak suruh call ayah, lama kelamaan ayah call and katanya suruh tunggu kejap sbb baru habis berak. So aku tunggu ngan kakak and adik aku. Okay dah pulang. Pulang pun tak kemana. Ada lagi aktiviti aku sampai 3 pagi baru sampai rumah. Tp aku malas nk cite. Ok tu je bye!

Sedikit ucapan: siapa baca sampai habis mmg handal dan diucapkan tahniah. Nnt aku belanja air sirap 5 gelas.

Comments

Zanna Ghazali said…
i do read until end. so camne nak claim 5 gelas air sirap tu??
Yasmin Nazil said…
hahaha well ada rezeki nnt i'll claim
Arpiiz said…
Teringat masa sekolah dulu ada buat solat hajat, tapi tak datang pun.hehehe

kita cuma baca ending je, boleh dpat air sirap tak? xD
Yasmin Nazil said…
dapat air kosong segelas boleh la hahaha

Popular posts from this blog

All my love

I still remember how hurt I was before. The way I handle it. The way I cried a lot. I memorized all those songs that makes my heart feel like it has been stabbed by a knife.

I remember the way you treated me that time. You gave me harshful words. You dont care me crying. You didnt look for me. You throw me away. When i look for you, you ignore me.

You make me look weak. You make me cry easier. I look stupid crying infront of everyone. I lack confidence to talk. Less with smile and laugh. Less eating, lost appetite. Lost myself. Every morning i was thinking about you. I was checking my phone waited for you call.

Theres nothing I can do except for didnt stop praying, asking the strength from God and ease all my matters.

But here I am now. Few months pass. I try to stand by myself with the help of God. I stopped thinking about you every single time. I only think once or twice a day. My love for you never change, but my attitude changes. I grew up, more matured. Theres no me with a lot o…