Yasmin Nazil.
ABOUT ENTRY LINKS TWITER INSTAGRAM FACEBOOK
Ujian dari Allah (Motivasi Diri)
Friday, July 29, 2016 • 7:57 AM • 0 comments
Assalamualaikum.

Apa itu ujian? Ujian ialah satu perkara yg diberi dari Allah untuk melihat tahap kemampuannya untuk menangani ujian tu. Tak kira lah seberat mana ujian yang diberi mesti ada hikmahnya. Allah takkan bagi kita ujian yang kita tak mampu nak handle. Dia takkan bagi ujian diluar batasnya.

Kadang2 kita rasa kenapa kita diberi ujian mcm ni. Jawapannya sebab Allah menyayangi kita. Lebih banyak ujian yang diberi, lebih banyak kasih sayang yang ditunjukkan dari Allah terhadap kita. Sebab dia tahu kita boleh. Bayangkan kalau takde satu pun ujian yg diberi atau sikit je ujian yang diberi, tak ke kita rasa mcm Allah langsung tak tengok kita dan kisah pasal kita? Allah beri ujian untuk menunjukkan kasih sayangnya.

Ada sesetengah ujian yang diberi sebab Allah rindukan doa kita. Rindukan tangisan kita. Rindu untuk kita meminta pertolonganNya. Mungkin masa Dia beri kesenangan pada kita, kita lupa. Kita lalai. Dulu pernah jadi. Aku rasa setiap ujian yang diberi ialah balasan. Balasan atas kesalahan aku selama ni. Tapi bila difikirkan balik, kita tak boleh nk tentukan sama ada itu ujian atau balasan, Kalau rasa macam tu, berhenti buat kesalahan. Dan yakin itu ujian. Memang manusia tak boleh lari dari kesalahan tapi cuba untuk elakkan. Ujian yang Allah beri untuk kita menjadi lebih kuat. Untuk meningkatkan iman dalam diri. Tanpa ujian, kehidupan kita nak pergi ke arah mana? Kita hidup untuk mengumpul pahala, untuk cari tujuan hidup dan pulang semua kepadaNya satu hari nanti. Jadi, jadikan ujian itu sebagai motivasi diri kita.

Terlalu banyak ujian yang diberi. Sebagai salah satu hamba Allah, aku harap semua ujian yang kita dapat boleh diselesaikan dengan baik. Sentiasalah berdoa. Semua ujian ada hikmahnya. Memang kadang2 semua masalah kita tak boleh share dengan orang. Tapi share lah dengan Allah. Ujian yang berat datang perlahan2 sebab kita berjaya tangani ujian yang sebelumnya. Aku dah rasa sekarang. Tapi positive itu penting. Takde masalah atau ujian yang tak boleh diselesaikan. Sentiasa berfikiran baik.

Yang paling penting, redha. Redha semua ujian yang diberi. Kuatkan diri. Jangan menyerah. Tingkatkan iman. Allah sayang kita dengan cara memberi ujian. Allahu.


PAST
MY WORDS;
Hey you , yeah you . No , not you . That other one . You right there ? Yes you . My name is Yasmin. Already seventeen years old and now stay in Malaysia.

GIVE ME YOUR WORDS;


OTHERS;


>> My Birthday
date : 8 December
at:12 am


>> Amira's Birthday
date : 04 January 1999
at: 12am


>> Amira, date of death
date: 19 April 2015
at: 11.50am